Rabu, 30 Oktober 2024

7 Tips Ajar Anak Membaca di Rumah

 7 Tips Ajar Anak Membaca di Rumah

Ibu bapa mesti ramai yang cuba ajar anak membaca sendiri di rumah. Tapi mungkin juga sering kali gagal.

Jangan cepat putus asa ya. Mesti ada cara untuk mengajar anak membaca di rumah.

Saya nak kongsikan 7 tips yang boleh di cuba untuk mengajar anak membaca di rumah. 

1. Belajar sambil bermain (Fun Learning)

Ia untuk merangsang otak dan minat anak ketika belajar, ibu ayah boleh terapkan teknik belajar sambil bermain. Atau lebih dikenali dengan fun play learning.

Contoh permainan adalah pasir, tanah, air, tepung, warna dan lain-lain. Boleh juga guna pelbagai alat bantuan mengajar yang ringkas tapi berbeza daripada pembelajaran biasa.

Jadi aktiviti pembelajaran itu menjadi lebih menarik dan menyeronokkan.

2. Jauhkan anak daripada TV dan gadget buat seketika

TV dan gadget/gajet adalah antara alat yang bagus di satu sudut namun tetap banyak keburukannya terutamanya untuk anak anak yang masih lambat membaca atau sedang belajar membaca.

Jauhkan mereka dari TV dan gajet jika mereka sedang belajar dengan cara meletakkan 2 alat tersebut di ruangan lain atau berasingan daripada ruangan tempat anak-anak sedang belajar membaca dan menulis.

3. Tukar tempat belajar membaca.

Terkadang anak-anak kita ni sudah terlalu bosan duduk di rumah. Boleh jadi itu juga punca kenapa mereka tidak mampu untuk fokus belajar membaca di rumah.

Jadi kita boleh bawa anak-anak bermain di taman dan sambil itu kita bawa siap siap buku cerita atau buku membaca bersama. 

Selepas mereka gembira main di taman, boleh tawarkan anak membaca buku. Mula-mula anak mungkin tidak kisah, lama-lama anak akan mula biasa dan membaca buku selepas bermain dan mula bermain semula apabila bosan.

4. Banyakkan sentuhan pada badan anak ketika belajar membaca

Ia meningkatkan sensori, ketenangan dan fokus. Terutamanya kepada anak anak lelaki di mana mereka lebih fokus apabila kita bercakap sambil pegang bahu atau tangan mereka semasa kelas belajar membaca.

5. Ibu ayah sendiri buka buku dan baca buku di hadapan anak

Ibu ayah adalah teladan utama anak anak.Dalam peribahasa melayu ada menyatakan bapa borek anak rintik. Apa yang dilakukan oleh bapa akan ditiru oleh anaknya.

Cuba buka dan baca buku di hadapan mereka. Anda boleh lihat reaksi mereka bila tengok ibu ayahnya keduanya baca buku. Lama-lama anak akan dengan sendirinya ambil buku dan turut baca bersama.

6. Sediakan ruang yang khas dan senyap

Di rumah, sudah tentu ramai ahli keluarga. Jadi sangat senang untuk fokus anak yang ingin belajar membaca terganggu. 

Jadi ibu ayah boleh sediakan satu ruang hanya ibu ayah dan anak. Ruang itu mestilah tidak berubah dan sentiasa senyap. buka buku dan ajar. Fokusnya akan lebih baik.

7. Dapatkan bantuan luar dari segi teknik dan pemilihan bahan.

Ibu ayah juga boleh hantarkan anak ke pusat tuisyen seperti pusat tuisyen di Tumpat (Pusat Tuisyen Impian) untuk anak dapatkan teknik yang tepat untuk belajar membaca.

Jadi jika asas anak sudah kukuh, senanglah ibu ayah mengajar dan melatih anak anak di rumah supaya lebih lancar.

Pusat Tuisyen Impian Tumpat Kelantan

Boleh berhubung terus dengan Pusat Tuisyen Impian jika ada sebarang pertanyaan atau pendaftaran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Adakah anak-anak sudah bersedia untuk sesi 2025?

KELAS PERSEDIAAN MEMASUKI DARJAH 1 2025 Ibu ayah mungkin dah bersedia dengan segala kelangkapan sekolah, tapi adakah anak2 sudah bersedia da...