Rabu, 23 Oktober 2024

Pusat Tuisyen Bantu Murid Lemah 3M

Pusat Tuisyen Bantu Masalah Murid Lemah Asas 3M (Membaca, Menulis, Mengira)

Baru-baru ini, Menteri Pendidikan Malaysia YB Puan Fadhlina Sidek menyatakan bahawa 122,000 murid Tahun Satu gagal menguasai kemahiran membaca, menulis, dan mengira (3M), mewakili 27.5% daripada keseluruhan murid Tahun Satu.

Ini adalah satu perkara yang sangat membimbangkan dan melibatkan masa depan generasi baru di negara kita Malaysia. Ibu bapa pastinya antara yang risau tentang perkara ini jika berlaku kepada anak-anak mereka.

Antara faktor terjadinya perkara ini adalah daripada penggunaan alat peranti atau gajet yang memberi impak negative kepada pelajar. Selain itu, ini juga adalah kesan daripada pembelajaran secara atas talian (pDpr) semasa wabak Covid-19 melanda negara kita. 

Oleh itu, Ibu bapa perlu memainkan peranan dengan memastikan anak-anak menguasai kemahiran asas sebelum memasuki Tahun Satu, termasuk menghantar mereka ke pusat tuisyen, kelas tambahan, kelas membaca dan seharusnya ibu bapa sendiri perlu melibatkan diri dalam perkembangan pendidikan anak-anak

Di Tumpat, ada sebuah pusat tuisyen yang terletak di Kg Berangan Tumpat iaitu Pusat Tuisyen Impian. Fokus utama Pusat Tuisyen Impian adalah dalam membantu anak-anak sekolah rendah untuk menguasai asas dalam pelajaran terutamanya asas 3M membaca menulis dan mengira supaya tidak ketinggalan di sekolah.

Kami membuka peluang kepada anak-anak yang belum lancar membaca, menulis dan mengira (3M). Kelas membaca, menulis dan mengira biasanya akan dijalankan dalam kumpulan yang kecil iaitu kurang daripada 4 orang satu kumpulan. Ini kerana untuk memberikan fokus yang lebih kepada anak-anak yang belajar di pusat tuisyen kami.

Guru-guru Pusat Tuisyen Impian Tumpat adalah daripada kalangan guru-guru berpengalaman yang mempunyai jiwa sebagai seorang pendidik. 

Kepada ibu ayah yang berminat untuk hantar anak-anak ke pusat tuisyen kami Tumpat boleh hubungi Pusat Tuisyen Impian yang terletak di Kg Berangan Tumpat di talian +60145055978 atau tekan link di dibawah.


Pusat Tuisyen Impian, Kg Berangan Tumpat


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Adakah anak-anak sudah bersedia untuk sesi 2025?

KELAS PERSEDIAAN MEMASUKI DARJAH 1 2025 Ibu ayah mungkin dah bersedia dengan segala kelangkapan sekolah, tapi adakah anak2 sudah bersedia da...