Rabu, 30 Oktober 2024

Adakah anak-anak sudah bersedia untuk sesi 2025?

KELAS PERSEDIAAN MEMASUKI DARJAH 1 2025

Ibu ayah mungkin dah bersedia dengan segala kelangkapan sekolah, tapi adakah anak2 sudah bersedia dari segi asas?

Sudah lancar membaca?

Teknik menulis huruf sudah kemas?

Asas mengira sudah mahir?

Jika belum, jom join kelas kami di Kg Berangan Tumpat. Tempat adalah terhad.

Minat? Wasap terus di www.wasap.my/60145055978/kelaspersediaan2025

7 Tips Ajar Anak Membaca di Rumah

 7 Tips Ajar Anak Membaca di Rumah

Ibu bapa mesti ramai yang cuba ajar anak membaca sendiri di rumah. Tapi mungkin juga sering kali gagal.

Jangan cepat putus asa ya. Mesti ada cara untuk mengajar anak membaca di rumah.

Saya nak kongsikan 7 tips yang boleh di cuba untuk mengajar anak membaca di rumah. 

1. Belajar sambil bermain (Fun Learning)

Ia untuk merangsang otak dan minat anak ketika belajar, ibu ayah boleh terapkan teknik belajar sambil bermain. Atau lebih dikenali dengan fun play learning.

Contoh permainan adalah pasir, tanah, air, tepung, warna dan lain-lain. Boleh juga guna pelbagai alat bantuan mengajar yang ringkas tapi berbeza daripada pembelajaran biasa.

Jadi aktiviti pembelajaran itu menjadi lebih menarik dan menyeronokkan.

2. Jauhkan anak daripada TV dan gadget buat seketika

TV dan gadget/gajet adalah antara alat yang bagus di satu sudut namun tetap banyak keburukannya terutamanya untuk anak anak yang masih lambat membaca atau sedang belajar membaca.

Jauhkan mereka dari TV dan gajet jika mereka sedang belajar dengan cara meletakkan 2 alat tersebut di ruangan lain atau berasingan daripada ruangan tempat anak-anak sedang belajar membaca dan menulis.

3. Tukar tempat belajar membaca.

Terkadang anak-anak kita ni sudah terlalu bosan duduk di rumah. Boleh jadi itu juga punca kenapa mereka tidak mampu untuk fokus belajar membaca di rumah.

Jadi kita boleh bawa anak-anak bermain di taman dan sambil itu kita bawa siap siap buku cerita atau buku membaca bersama. 

Selepas mereka gembira main di taman, boleh tawarkan anak membaca buku. Mula-mula anak mungkin tidak kisah, lama-lama anak akan mula biasa dan membaca buku selepas bermain dan mula bermain semula apabila bosan.

4. Banyakkan sentuhan pada badan anak ketika belajar membaca

Ia meningkatkan sensori, ketenangan dan fokus. Terutamanya kepada anak anak lelaki di mana mereka lebih fokus apabila kita bercakap sambil pegang bahu atau tangan mereka semasa kelas belajar membaca.

5. Ibu ayah sendiri buka buku dan baca buku di hadapan anak

Ibu ayah adalah teladan utama anak anak.Dalam peribahasa melayu ada menyatakan bapa borek anak rintik. Apa yang dilakukan oleh bapa akan ditiru oleh anaknya.

Cuba buka dan baca buku di hadapan mereka. Anda boleh lihat reaksi mereka bila tengok ibu ayahnya keduanya baca buku. Lama-lama anak akan dengan sendirinya ambil buku dan turut baca bersama.

6. Sediakan ruang yang khas dan senyap

Di rumah, sudah tentu ramai ahli keluarga. Jadi sangat senang untuk fokus anak yang ingin belajar membaca terganggu. 

Jadi ibu ayah boleh sediakan satu ruang hanya ibu ayah dan anak. Ruang itu mestilah tidak berubah dan sentiasa senyap. buka buku dan ajar. Fokusnya akan lebih baik.

7. Dapatkan bantuan luar dari segi teknik dan pemilihan bahan.

Ibu ayah juga boleh hantarkan anak ke pusat tuisyen seperti pusat tuisyen di Tumpat (Pusat Tuisyen Impian) untuk anak dapatkan teknik yang tepat untuk belajar membaca.

Jadi jika asas anak sudah kukuh, senanglah ibu ayah mengajar dan melatih anak anak di rumah supaya lebih lancar.

Pusat Tuisyen Impian Tumpat Kelantan

Boleh berhubung terus dengan Pusat Tuisyen Impian jika ada sebarang pertanyaan atau pendaftaran.

Ahad, 27 Oktober 2024

Anak Lambat Membaca, Ibu Ayah Dalam Kerisauan

Silibus terbaru kini memerlukan murid Darjah 1 terus boleh membaca. Jika tidak, murid tersebut ketinggalan dan tercicir daripada rakan rakan yang lain di sekolah.

Itulah antara kerisauan terbaru ibu bapa mengenai pelajaran anak-anak. Oleh itu, salah satu langkah yang diambil oleh ibu bapa ialah dengan menghantar anak-anak ke pusat tuisyen.

Kini di Tumpat, ada satu pusat tuisyen yang menawarkan khidmat kelas membaca. Kelas membaca ini dilakukan secara bersemuka dan dalam kumpulan tidak lebih dari 3 orang per sesi. 

Guru yang mengajar adalah guru berpengalaman dan mahir dalam mengajar anak-anak yang belum lancar membaca. Pendekatan yang guru kami gunakan dalam mengajar anak-anak membaca ialah dengan membuat anak-anak selesa untuk berkomunikasi dahulu dengan guru sebelum guru memulakan kelas.

Alhamdulillah sejak Julai 2024 kami telah berjaya membantu lebih daripada 20 orang murid yang lemah dan belum lancar membaca.

Jika berminat boleh hubungi pemilik pusat tuisyen ini di +60145055978 atau tekan link kelasmembaca

Cikgu Ibrahim sedang mengajar salah seorang pelajar kelas membaca

Darjah 1 Masih Belum Lancar Membaca?

 Ibu Ayah ada tak alami situasi seperti di bawah?? 👇

  • Anak dah Darjah 1, tapi belum lancar membaca? 
  • Tak tahu cara mana yang sesuai untuk ajar anak membaca? 
  • Anak langsung tak minat nak belajar baca di rumah?
  • Anak ketagihan gadget dan langsung tak nak pegang buku di rumah?

Kita sebagai ibu ayah mesti risau bila ada dalam situasi seperti ini kan? Tapi pilihan masih di tangan ibu ayah. Nak mulakan langkah awal sebelum anak-anak masuk ke tadika atau sekolah rendah tahun depan atau nak biarkan anak-anak dalam keadaan begitu?

Tiada ibu ayah yang nak lihat anak mereka gagal dan ketinggalan. Jadi jom ambil langkah terbaik iaitu dengan menghantar anak-anak ke Pusat Tuisyen berdekatan.

Untuk Warga Tumpat, Pusat Tuisyen Impian Tumpat ada menawarkan Kelas Membaca Berkesan bermula 6 tahun. Kelas ini adalah kelas berfokus di mana kami hanya akan meletakkan maksima 3 pelajar per kelas. Jadi InshaAllah anak akan lebih fokus dan mudah memahami apa yang diajarkan. Guru yang mengajar juga adalah guru yang mempunyai 20 tahun pengalaman mengajar.

TERBUKA UNTUK ANAK ANAK TUMPAT SAHAJA. KELAS MEMBACA TUMPAT

Sebarang pertanyaan boleh terus hubungi admin kami di +60145055978 atau tekan sahaja link di bawah!

kelasmembacatumpat


Kelas Membaca Tumpat
Kelas Membaca Berfokus di Tumpat

Jumaat, 25 Oktober 2024

Kelas Cepat Membaca Berkesan di Tumpat

Kelas Membaca Berkesan di Tumpat



Ibu ayah adalah orang yang paling risau dan sedih jika anak-anak masih belum lancar membaca. Ibu ayah tahu di sekolah guru mungkin tak mampu nak fokuskan kepada anak kita sahaja disebabkan jumlah murid yang semakin bertambah saban tahun.

Tapi, bila direnung kembali,

Sampai bila ibu ayah nak tengok anak anak merangkak membaca?
Sampai bila ibu ayah nak tengok anak anak gagal dalam ujian subjek lain hanya disebabkan asas membaca belum kukuh?
Sampai bila ibu ayah nak tandatangan kad laporan anak dengan rasa sedih dan bersalah?

Mari kita hentikan kerisauan dan kesedihan ni sekarang! Antara inisiatif yang ibu ayah boleh ambil untuk bantu anak-anak adalah dengan menghantar mereka ke pusat tuisyen di kawasan masing-masing. Hal ini kerana di pusat tuisyen, guru boleh fokus kepada anak kita sahaja disebabkan jumlah murid yang tidak ramai. Selain itu, pendekatan guru pusat tuisyen juga berbeza kerana guru boleh fokus kepada topik yang anak tidak faham atau lancar kerana guru di pusat tuisyen tidak terikat dengan silibus.

BERITA BAIK untuk Warga Tumpa, Pusat Tuisyen Impian Tumpat boleh bantu ibu ayah dan anak anak!

KELAS BELAJAR MEMBACA BERFOKUS kami dah berjaya bantu ramai anak anak dalam masa 3 bulan sahaja dah nampak perubahan. Kelas hanya bayar apabila datang sahaja. Per sesi adalah satu jam tapi jika ibu ayah betul-betul komited nak hantar anak-anak pada kami kami akan bagi PERCUMA lagi 30 minit menjadikan satu jam tiga puluh minit per sesi.

Anak-anak sebenarnya ada potensi yang sangat besar jadi kita lah sebagai ibu bapa sepatutnya sediakan ruang dan peluang untuk mereka tunjukkan potensi sebenar mereka.

Kelas Membaca bersama Cikgu Ibrahim

Ibu ayah yang berminat boleh hubungi kami dengan hanya tekan link hubungikelasmembacaberkesan. Bersama kita bantu anak-anak kita cemerlang akedamik!


Rabu, 23 Oktober 2024

Pusat Tuisyen Bantu Murid Lemah 3M

Pusat Tuisyen Bantu Masalah Murid Lemah Asas 3M (Membaca, Menulis, Mengira)

Baru-baru ini, Menteri Pendidikan Malaysia YB Puan Fadhlina Sidek menyatakan bahawa 122,000 murid Tahun Satu gagal menguasai kemahiran membaca, menulis, dan mengira (3M), mewakili 27.5% daripada keseluruhan murid Tahun Satu.

Ini adalah satu perkara yang sangat membimbangkan dan melibatkan masa depan generasi baru di negara kita Malaysia. Ibu bapa pastinya antara yang risau tentang perkara ini jika berlaku kepada anak-anak mereka.

Antara faktor terjadinya perkara ini adalah daripada penggunaan alat peranti atau gajet yang memberi impak negative kepada pelajar. Selain itu, ini juga adalah kesan daripada pembelajaran secara atas talian (pDpr) semasa wabak Covid-19 melanda negara kita. 

Oleh itu, Ibu bapa perlu memainkan peranan dengan memastikan anak-anak menguasai kemahiran asas sebelum memasuki Tahun Satu, termasuk menghantar mereka ke pusat tuisyen, kelas tambahan, kelas membaca dan seharusnya ibu bapa sendiri perlu melibatkan diri dalam perkembangan pendidikan anak-anak

Di Tumpat, ada sebuah pusat tuisyen yang terletak di Kg Berangan Tumpat iaitu Pusat Tuisyen Impian. Fokus utama Pusat Tuisyen Impian adalah dalam membantu anak-anak sekolah rendah untuk menguasai asas dalam pelajaran terutamanya asas 3M membaca menulis dan mengira supaya tidak ketinggalan di sekolah.

Kami membuka peluang kepada anak-anak yang belum lancar membaca, menulis dan mengira (3M). Kelas membaca, menulis dan mengira biasanya akan dijalankan dalam kumpulan yang kecil iaitu kurang daripada 4 orang satu kumpulan. Ini kerana untuk memberikan fokus yang lebih kepada anak-anak yang belajar di pusat tuisyen kami.

Guru-guru Pusat Tuisyen Impian Tumpat adalah daripada kalangan guru-guru berpengalaman yang mempunyai jiwa sebagai seorang pendidik. 

Kepada ibu ayah yang berminat untuk hantar anak-anak ke pusat tuisyen kami Tumpat boleh hubungi Pusat Tuisyen Impian yang terletak di Kg Berangan Tumpat di talian +60145055978 atau tekan link di dibawah.


Pusat Tuisyen Impian, Kg Berangan Tumpat


Adakah anak-anak sudah bersedia untuk sesi 2025?

KELAS PERSEDIAAN MEMASUKI DARJAH 1 2025 Ibu ayah mungkin dah bersedia dengan segala kelangkapan sekolah, tapi adakah anak2 sudah bersedia da...